TALI LEHER PELENGKAP GAYA

Monday, August 24, 2009
Tidak lengkap gaya seseorang eksekutif muda tanpa mengenakan tali leher. Bagaimanapun, masih ada segelintir darinya yang kurang berminat untuk memakainya biarpun ketika menghadiri majlis formal seperti mesyuarat atau bertemu klien. Mungkin disebabkan malas atau tidak mahir mengikat, masalah memilih warna, corak dan sebagainya. Bagi merungkai masalah yang membelenggu diri, MW menampilkan pelbagai info untuk diikuti berkenaan tali leher.


Pemakaian tali leher yang betul.
· Pastikan tekstur tali leher anda sesuai dengan pakaian yang dipakai. Sebagai contoh, tali leher sutera (berkilat) perlu dipakai bersama pakaian yang sama tekstur dengannya.
· Seeloknya pilih tali leher yang mempunyai kelebaran 3.5 inci.
· Pastikan simpulan tali leher kemas dan rapat ke bahagian kolar baju. Perhatikan juga simpulan yang dibuat itu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil.
· Periksa semua tali leher yang telah disimpulkan. Untuk kemasan, lihat semula sama ada bahagian hadapannya panjang dan menyentuh seluar anda.
· Biasakan memakai tali leher yang berwarna gelap dari baju anda.
· Elakkan memilih, membeli atau memakai tali leher yanag berwarna terang.
· Anda tidak digalakkan memakai klip pada tali leher kecuali dalam keadaan betul-betul perlu sahaja.
· Untuk gaya yang lebih elegen, pilih tali leher yang warna utamanya sama dengan sut yang anda pakai.

Kenali aksesori tali leher.
1. Klip tali leher – aksesori jenis ini boleh diklipkan secara horizontal pada tali leher atau kemeja anda. Di pasaran, terdapat pelbagai jenis klip tali leher yang ditawarkan sama ada bentuk, warna dan material yang digunakan. Terpulanglah kepada anda untuk memilihnya agar kena dengan cita rasa.
2. Rantai tali leher (the chain) – cukup mudah untuk memakai aksesori jenis ini. Hanya sangkutkan bar (besi keras) pada salah satu butang kemeja manakala rantainya pula diletakkan pada bahagian atas tali leher berkenaan. Pastikan bar berada di belakang sementara rantainya di bahagian hadapan.
3. ‘The Tack’ – sangat berbeza dari bentuk serta fungsi memakainya. Ia direka dengan dua bahagian yang berlainan di mana bahagian pin diletakkan di sebelah kiri belakang. Untuk memakainya, tanggalkan pin dari dasarnya kemudian tusukkan pada tali leher. Temukan bahagian dasar dengna pin dan masukkan rantai ke lubang butang kemeja.

0 comments: