DEBAT DIRAJA...aku jatuh cinta,,

Friday, December 12, 2008
MUHASABAH CINTA? PENDEBAT? Ape tu? Itulah dipanggil jiwa pendebat. DALAM menjadi seorang pendebat yang cemerlang sungguh sukar. Namun, asalkan kita mempunyai NIAT yang ikhlas, USAHA yang teguh, dan TAWAKAL yang berterusan. Kita pasti mencapainya. Itulah cerita permulaan aku yang bercita-cita menjadi seoraang pendebat. Mungkin sukar bagi ku menjadi seorang pendebat, maklumla asas debat langsung tak ada. Di BLOG: “MUHASABAH CINTA PENDEBAT” ini akan aku ceritakan macammana perjalanan aku untuk menjadi seorang pendebat di Universiti Darul Iman Malaysia(UDM). Pada masa yang sama, aku akan perdebatakan isu-isu perdebatan yang hangat didunia ini. Kelab Orator UDM merupakan landasan utama aku untuk menceburi bidang debat ini. Kelab ini cukup bermakna bagi ku. Kelab ini bukan sekadar kelab yang berteraskan kokurikulum di universiti. Bahkan, kelab ini merupakan salah satu institusi keluarga yang teguh dan bahagia. Sesiapa saja yang menyertai kelab ini pasti JATUH CINTA dengan kelab ini kerana penuh dengar erti CINTA PENDEBAT. Cinta pendebat yang macam mana? Segala-galanya akan ku cerita sepanjang aku dalam kelab ini. Aku masih ingat pertama kali aku berdebat iaitu semasa mock debat dalam perjumpaan kelab orator itu. Usul pada malam itu ialah: “ Artis Luar Negara Lebih Baik Daripada Artis Kita”. Aku menjadi pihak kerajaan iaitu terdiri daripada aku, syarif dan anas. Pada mock itulah pertama kali aku berdebat. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrggghhhhhh….!!!!!!! Aku kecewa dengan aku sendiri. Aku fikir aku ni BODOH.. Aku langsung tak pandai berdebat pada masa tu.. Lidah aku yang kelu untuk memgeluarkan kata-kata. Dalam diri aku sangat kosong pada masa itu. Aku malu sangat dengan persembahan aku. Malam itu jugaaku iberNIAT untuk memdalami debat. Aku ingin menjadi seorang pendebat. Pada malam itu juga aku mula NIAT untuk melangkah mempelajari debat.